Karangan Lawatan ke Kampus Hijau
TAHUN 5
KARANGAN
Lawatan ke Kampus Hijau
Kamu dan rakan kamu, Fahim telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kampus Hijau.
Salin karangan di bawah. Kemudian, betulkan kesilapan perkataan yang dihitamkan.
________________________________________________________
Pada minggu yang lalu, saya dan rakan saya, Fahim telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kampus Hijau. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang memelihara alam sekitar.
Kami tiba di sekolah lalu berkumpul
di dewan. Kami mendengar taklimat ringkas dari guru kelas. Cikgu Normaliza mengambil kehadiran
murid-murid. Tepat jam 8:00 pagi, kami pun bertolak. Dalam pejalanan, saya dan
Fahim berbual-bual bagai murai tercabut ekur. Kim Ho dan Ali pula mendengar music.
Pada pukul 9:00 tengah hari, kami tiba ke destinasi. Kami disambut oleh pegawai di sana. Kami mendengar penerangan ringkas. Mereka mementingkan penjagaan alam sekitar dan mengadakan kempen tanam pokok serta amalan berbasikal.
Di samping itu, mereka juga menjalankan program “MyTapau”. Mereka perlu membawa bekas makan sendiri untuk
mengurangkan pengunaan beg plastik dan bekas plastik Selain itu, mereka juga mengadakan
projek straw mesra alam untuk membuat straw minuman bagi mengurangkan
penggunaan straw plastic.
Selepas itu, kami menikmati
makanan lalu bersiar-siar di sekitar kampus itu. Sebelum pulang, kami diberi
peluang untuk melepaskan anak ikan di kolam. Kami juga merakam gambar sebagai
kanangan.
Pada pukul 2:30 tengah hari, kami
pun pulang ke sekolah. Kami berharap lawatan ini akan diadakan lagi kerana
dapat menambah ilmu pengetahuan.
Comments
Post a Comment