Karangan : Kebersihan di Tempat Makan

Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.


 Kebersihan di Tempat Makan




Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah pulang ke kampung. Aktiviti ini bertujuan untuk _________ datuk dan nenek.


    Sebelum bertolak, ayah telah memeriksa keadaan kereta. Selepas itu, kami pun bertolak ke kampung. Dalam _________, ibu mendengar muzik sebagai ____________ manakala saya dan kakak melihat pemandangan indah nian seperti langit yang _________


    Selepas 40 minit, kami berhenti di rehat dan rawat untuk menjamu selera. Kami makan di Kedai Pak Abu. Ibu ________ kedai makan ini kerana kedai ini sangat _______ . Lantainya bersih dan berkilat. Pelayannya juga memakai _______ dan topi. 

    Selain itu, makanan yang dihidangkan juga ditutup dengan tudung saji untuk _________ lalat hinggap pada makanan. Persekitaran kedai juga bersih kerana tiada haiwan perosak seperti lipas atau tikus. Pelayan juga segera _________ meja dan mengangkat pinggan selepas pelanggan beredar. 

    Selepas 45 minit, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Saya berharap setiap kedai makan dapat ________________ kebersihan tempat makan untuk menjaga kesihatan diri, sesungguhnya, kebersihan asas kesihatan.


PILIHAN JAWAPAN : 

- menitikberatkan     -mengelap    -apron

-perjalanan      -mengelakkan     -melawat

-bersih     -memilih    -membiru

-halwa telinga


Comments

Popular posts from this blog

BACAAN (SALIN)

Catatan - Lawatan ke Zoo Negara

Cerita – Tetamu Tidak Diundang