RENCANA
Rencana :
1.
Murid-murid kelas 5H bekerjasama
bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kelas.
2.
Saya mendengar muzik sebagai
halwa telinga.
3.
Murid-murid pasang telinga
mendengar ucapan guru besar.
4.
Suasana di dewan riuh-rendah seperti
ikan dalam belat.
5.
Saya berharap lawatan ini akan diadakan lagi kerana dapat
menambah pengalaman saya, sesunggunya jauh perjalanan luas pengalaman.
6.
Nyanyian Kim Ho merdu bagai buluh perindu.
7.
Ayah memandu kereta dengan berhati-hati kerana malang tidak berbau.
(pandu cermat jiwa selamat)
8.
Guru pengiring menasihati kami agar sentiasa berhati-hati
kerana malang tidak berbau.
9.
Hubungan kami semakin erat bagai isi dengan kuku.
10.
Hubungan keluarga kami semakin erat bagai dakwat dengan
kertas.
11.
Chun Han pula membaca buku kerana dia seorang ulat buku.
12.
Liza makan dua keping roti sebagai alas perut.
13.
Chloe membeli tanda mata
seperti rantai kunci sebagai kenangan.
14.
Siti melihat pemandangan yang indah nian seperti langit yang membiru dan pokok yang menghijau.
Comments
Post a Comment