Karangan : Aktiviti Memancing
Soalan :
Bapa kamu telah membawa kamu sekeluarga memancing ikan di sebatang sungai. Tulis sebuah karangan berformat atau tidak berformat.
Pada hari Ahad yang lalu, bapa telah membawa saya _____________ ikan di sebatang sungai. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kami dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang ________.
Sebelum kami bertolak, bapa menyediakan barangan yang diperlukan seperti ________ , umpan dan mata kail. Saya dan adik membantu ibu menyediakan bekalan untuk dibawa bersama-sama. Sungai itu _________ dengan rumah kami.
Selepas itu, kami _________ ke sana. Apabila tiba di tepi sungai, kami mencari suatu tempat yang sesuai. Kami duduk di bawah sebatang pokok yang ________. Selepas memasang umpan, kami pun mula memancing ikan. Kami menunggu dengan sabar.
____________, joran saya bergerak dengan kuat. Bapa menolong saya menarik joran itu. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat seekor ikan yang besar. Pada petang itu, kami berjaya mendapat tiga ekor ikan. Kami merakam gambar sebagai _________ yang manis.
Pada waktu ________, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa gembira pada hari itu. Saya ________ kami dapat meluangkan masa bersama-sama lagi.
PILIHAN JAWAPAN :
-berfaedah -memancing -joran
-berdekatan -rendang -kenangan
-bertolak -Tiba-tiba
-berharap -senja
Comments
Post a Comment