Sambutan Hari Guru

Pada hari Isnin yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru di ______ sekolah. Tujuan sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk _________jasa guru-guru.

           Murid-murid tiba awal di sekolah lalu ______ di dewan. Suasana di dewan ________ bagai ikan dalam belat. Kami beratur dengan tertib. 

          Mula-mula, kami berdiri tegak untuk menyanyikan lagu “Negaraku”,  Selepas itu, guru besar _________ ucapan di atas pentas dan seterusnya merasmikan sambutan Hari Guru pada tahun ini. Seterusnya, semua guru mengangkat tangan kanan untuk melafazkan ______.

          Selepas itu, guru-guru pula _______ lagu “Kami Guru Malaysia." Murid-murid juga membuat ________ yang menarik seperti tarian, persembahan yoyo Cina, Wushu dan sebagainya. Suasana di dewan sungguh meriah pada hari itu.

          Akhir sekali, guru-guru dijemput ke kantin untuk menikmati _______ yang disediakan oleh pihak sekolah. Majlis sambutan Hari Guru ________ pada pukul 12.00 tengah hari.


PILIHAN JAWAPAN

-berkumpul    - dewan    -menyampaikan     -riuh-rendah

-ikrar      -persembahan      -tamat

-menyanyikan          -makanan          -menghargai

Comments